Thursday, October 29, 2009

Program Polis Bersama Rakyat





Pada hari Khamis semalam bertempat di Kg Sg Rambutan, telah diadakan satu program iaitu ' Program Polis Bersama Rakyat'.

Didalam program tersebut, YB Dato' Mohamad Daud telah diundang sebagai tetamu khas bagi bersama-sama menjayakan program tersebut.






Program tersebut diadakan bagi memberi taklimat dan kesedaran kepada rakyat-rakyat tentang jenayah yang berlaku pada masa sekarang.




Meninjau keadaan titi di Lubok Long, Bukit Bertam







Minum petang bersama JKKK Kg Teluk Mas




29 Oktober 2009 ( Khamis ), bertempat di Kg Teluk Mas, Yb Dato' Mohamad Daud telah diundang untuk minum petang bersama-sama JKKK Kg Teluk Mas.







Di dalam agenda tersebut, beliau turut membincangkan masalah-masalah di Kg Teluk Mas dan mengambil insentif bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kampung tersebut.





Tuesday, October 27, 2009

Jamuan Aidilfitri




Pada 11 Oktober 2009, bertempat di Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Larut, telah diadakan satu jamuan hari raya bertujuan untuk mengeratkan hubungan kemeseraan pelbagai kaum.




Dianggarkan seramai 4 ribu orang telah menghadiri jamuan tersebut. Turut hadir ke jamuan tersebut ialah Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin b Raja Hj Omar, selaku ADUN Kubu Gajah.

Antara orang ramai yang telah hadir..



Selain itu sumbangan Raya juga disampaikan kepada warga emas dan kanak-kanak.

Tinjauan ke titi di Kg Garok



Meninjau keadaan Titi di Kg Garok yang telah rosak




Di dalam tinjauan tersebut, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5Ok untuk membaiki titi tersebut.




Minum petang di rumah penduduk di Kg Garok dan menziarahi warga tua dan uzur



Pada hari Khamis ( 22/10/2009 ),jam 3 petang, YB Dato. Mohamad Daud telah menghadiri undangan minum petang di rumah penduduk di Kg Garok. Selain daripada itu beliau juga membincang dan meninjau masalah-masalah yang terdapat di kampung tersebut.



Membincangkan masalah-masalah dengan JKKK Kg



Setelah itu beliau menziarahi warga tua dan uzur,iaitu Miah bt Lembut di Kg Telok Garok dan telah memberikan sedikit sumbangan kepadanya untuk meringankan beban.


warga tua dan uzur, Miah bt Lembut











Tinjauan ke kerja-kerja pembinaan surau dan dewan di Kg Ulu Nor


Tapak pembinaan surau dan dewan di Kg Ulu Nor






Jamuan makan tengahari bersama penduduk Kg Ulu Nor.


Selepas meninjau kerja-kerja pembinaan surau dan dewan tersebut, YB Dato' Mohamad Daud telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100k untuk surau dan RM70k untuk dewan.



Lawatan isteri MB Perak Datin Seri Saripah Zulkifli ke Pusat PDK Selama



Lawatan ke Pusat PDK Selama ini telah diadakan pada tarikh 22/10/2009 bersamaan dengan hari Khamis. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau golongan-golongan orang kurang upaya di pusat tersebut dan meninjau keadaan pusat tersebut







Golongan OKU Pusat PDK Selama sedang membuat persembahan

Monday, October 26, 2009

Selama jadi pengeluar nangka

SELAMA 8 Ogos – Daerah Selama akan menjadi pengeluar terbesar buah nangka madu madura berikutan permintaan yang tinggi serta kesesuaian penanaman buah-buahan tropika berkenaan di utara negeri Perak.


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Selama, Datuk Mohd. Daud Mohd. Yusof berkata, pada masa kini 100 hektar tanah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama telah ditanam dengan buah nangka dari spesies terbaik itu yang berpotensi untuk dikomersialkan.


Mohd. Daud Mohd. Yusof dan penduduk kampung teruja melihat nangka madu madura di Kebun Belia, Sungai Bayor, Perak, semalam
.





Katanya, daerah Selama memilih buah nangka madu madura kerana ia antara buah nangka yang mudah ditanam serta mempunyai harga tinggi di pasaran dan tidak bermusim.
Beliau berkata, nangka madu ini mula mengeluarkan hasil pada usia satu setengah tahun dengan setiap buah beratnya antara 10 hingga 15 kilogram.

‘‘Selain menjualnya secara mentah kerana aromanya yang begitu menyenangkan, melalui kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA), nangka madu madura Selama ini boleh dijadikan cip, halwa dan dibuat jus dan pelbagai penghasilan lain yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport.

‘‘Selain produk nangka yang sedia dimakan terus iaitu yang mengalami pemprosesan minimum segar dan diproses berbentuk cip, kajian menunjukkan kedua-dua produk tersebut mengandungi khasiat yang tinggi dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan import,” katanya semasa melawat Ladang Nangka Madu Madura di sini hari ini.

Ladang seluas dua hektar ini diusahakan oleh dua orang belia iaitu Azam Shahuri Mohd. Daud dan Mohd. Ridzuan Bahari yang kini mampu menghasilkan sebanyak 500 kilogram nangka madu sebulan.

Mohd. Daud berkata, bagi memperluaskan tanaman tersebut di seluruh daerah, pihaknya akan memastikan sekurang-kurangnya setiap rumah akan menanam sekurang-kurangnya sepokok buah nangka untuk mencukupkan bekalan.
Katanya, ia berikutan hasrat PPK untuk membina sebuah kilang khusus untuk memproses buah nangka menjadi produk hiliran yang lain.

‘‘Kita akan menggalakkan belia mengusahakan tanaman ini kerana ia boleh mendatangkan pendapatan tinggi dan kita akan memastikan pasarannya terjamin,” katanya.
Sementara itu Azam Shahuri Mohd. Daud berkata, beliau memilih untuk menanam buah nangka madu madura kerana dalam tempoh setahun setengah sahaja tanaman ini telah berbuah.

Katanya, setiap biji buah tersebut mempunyai saiz yang besar. Pada masa kini harga pasaran ialah RM1.20 sekilo dan ia semakin meningkat.
‘‘Penanaman buah nangka ini tidak mempunyai banyak masalah dan ia boleh diusahakan secara mudah dan nangka madu ini juga keistimewaannya mempunyai banyak isi.
‘‘Kami menjangkakan dapat menghasilkan pendapatan sebanyak RM4,000 hingga RM6,000 sebulan melalui ladang ini,” katanya yang mengusahakan ladang tersebut dengan rakannya Mohd. Ridzuan Bahari di tanah seluas 5.6 hektar di daerah ini.




Rapatkan hubungan semasa Ramadan

SELAMA 5 Sept. - Masyarakat Melayu diminta mengetepikan sementara perbezaan fahaman politik dan menjadikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini sebagai medan terbaik merapatkan hubungan sesama sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Selama, Datuk Mohd. Daud Mohd. Yusuf berkata, umat Islam perlu menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan memupuk perpaduan dan membina ummah.

''Orang Melayu kini sudah berpecah teruk dan kedatangan bulan Ramadan mesti digunakan untuk mengakrabkan semula hubungan sesama kita.

''Sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab, tinggalkan sejenak politik kepartian di serambi rumah masing-masing dan jangan sesekali membawa masuk fahaman-fahaman tersebut ke dalam masjid dan surau," katanya.

Beliau berkata, masing-masing perlu mencari jalan untuk meningkatkan perpaduan yang tentunya menguntungkan semua pihak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berbuka puasa dan moreh kepada 11 buah masjid dan 41 surau dalam DUN berkenaan sepanjang bulan Ramadan ini yang diadakan di Kampung Bukit Bertam, kira-kira 20 kilometer dari pekan Selama hari ini.

Pengagihan bantuan berupa wang tunai RM200 hingga RM500, bergantung kepada kapasiti masjid dan surau itu telah dilaksanakan sejak lima tahun lalu.

Katanya, perpecahan lebih besar perlu dielakkan dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bermuafakat antara satu sama lain dan mengatasi apa juga masalah yang dialami masing-masing.

''Jangan ada unsur kepartian dalam masjid dan apa yang kita perlu lakukan ialah meningkatkan taraf hidup dan perpaduan," katanya.


Kerajaan perpaduan satu cadangan positif






Masyarakat Luar Bandar disaran bersatu elak perpecahan


Hospital Selama perlu pakar perubatan

SELAMA 7 Jun – Penduduk di sini merayu Kementerian Kesihatan supaya menempatkan sekurang-kurangnya seorang pakar perubatan di Hospital Selama bagi memberikan perkhidmatan perubatan yang lebih baik kepada mereka.

Keperluan doktor pakar sangat diperlukan pada masa kini ekoran pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat di samping segala urusan berkaitan masalah kesihatan yang serius tidak perlu lagi dirujuk kepada Hospital Taiping yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Datuk Mohammad Daud Mohd. Yusof berkata, keperluan seumpama itu pernah disuarakan sebelum ini kerana penduduk Selama dan sekitarnya termasuk dari selatan Kedah yang menggunakan hospital itu kini telah mencapai 40,000 orang.

‘‘Saya memohon jasa baik Menteri Kesihatan mempertimbangkan permohonan penduduk Selama kerana saya bimbang jika tiada doktor pakar ditempatkan di sini ia akan melambatkan proses mengambil keputusan tentang sesuatu jenis perubatan terhadap pesakit,” katanya selepas menyampaikan sumbangan peralatan perubatan kepada Hospital Selama di sini hari ini.

Mohammad Daud menyampaikan sumbangan alatan perubatan seperti pam suntikan ubat, lampu terapi, nobiliser, troli dan pelbagai peralatan lagi bernilai RM10,000 kepada wakil Pengarah Hospital Selama, Dr. Bernard Saw.
Katanya, pada masa ini Hospital Selama dikunjungi oleh 200 pesakit luar sehari termasuk 300 orang yang dirawat dalam hospital.
‘‘Dengan adanya doktor pakar tersebut pesakit bukan saja tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan malah tidak perlu lagi ke Hospital Taiping kerana di sana pun sesak,” katanya.

Jagung Super Sweet Taiwan subur di Selama

SELAMA 17 Ogos - Penanaman jagung Super Sweet Taiwan 388, jagung paling mahal dan berkualiti didapati paling subur dan sesuai di daerah Selama.

Ia berikutan jagung jenis ini bukan sahaja memberikan hasil yang tinggi tetapi juga boleh berbuah sehingga dua atau tiga tongkol bagi setiap pokok.


''Jarang pokok jagung boleh berbuah dua atau tiga tongkol bagi setiap pokok tetapi di Selama ia merupakan fenomena biasa disebabkan kesuburan tanahnya," kata pengusahanya, Sabri Ali, 39.

Katanya, ia bukan sahaja mudah ditanam, malah ia juga menghasilkan buah yang besar dan tidak memerlukan kos yang tinggi membesarkannya.


''Apa yang menarik lagi jagung jenis ini boleh dimakan begitu sahaja dengan rasanya manis dan lazat.

''Tetapi jika dijual secara tongkol di kampung ini sahaja pun boleh dijual RM1 setongkol dan kalau direbus sedikit ia boleh mencecah sehingga RM2 setongkol," katanya ketika ditemui di ladangnya di Kuala Nor di sini hari ini.

Seorang lagi pengusaha, Ahmad Khamiz Shamsuddin berkata, jagung ini boleh mengeluarkan sehingga 10,000 tongkol bagi setiap 0.5 hektar.

Katanya, penanaman jagung ini menguntungkan kerana dalam 1.2 hektar sahaja ia boleh menanam sehingga 48,000 pokok.


Di samping itu, ujarnya, ia tidak mempunyai masalah dari segi penyakit yang boleh membantut pertumbuhan pokok.

''Buahnya yang kekuningan seperti emas itu juga sesuai untuk dibuat air minuman dan mempunyai khasiat kesihatan," katanya


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Datuk Mohd. Daud Mohd. Yusof berkata, Super Sweet 388 adalah antara jagung yang diterima oleh FAMA dan boleh dipasarkan secara meluas.

Katanya, apa yang menarik lagi jagung ini mempunyai harga yang terjamin dan boleh dimakan oleh sesiapapun.


''Pokoknya juga boleh dijadikan bahan komersial sebanyak makanan binatang.

''Buahnya boleh dijadikan susu jagung untuk perisa aiskrim dan sebagainya, yang sudah tentu memberikan nilai yang lebih tinggi kepada jagung ini," katanya.

Menurutnya, pada masa ini seluas 40 hektar tanah di Selama ditanam dengan jagung berkenaan.

Sunday, October 25, 2009

Profil


NAMA PENUH : DATO' HJ MOHAMAD DAUD BIN HJ MOHD YUSOFF, DPMP, AMP, PJK, JP

TARIKH LAHIR : 11HB NOVEMBER 1960

UMUR : 48 TAHUN

TEMPAT LAHIR : SELAMA,PERAK

KELULUSAN AKADEMIK TERTINGGI : MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION,
UNIVERSITY OF ROCKHAMPTON

: ADV. DIPLOMA IN BUSINESS &
ADMINISTRATION ( ADBA ) UNIVERSITY
WALES, UK

PEKERJAAN : ADUN SELAMA / PENGARAH SYARIKAT

STATUS : BERKAHWIN

NAMA ISTERI : DATIN DR HJH NUR MAZIAH BT OMAR

BILANGAN ANAK : 5 ORANG ( PEREMPUAN )

KEAHLIAN DALAM UMNO : NO AHLI - 00000 268
AHLI CAWANGAN PEKAN SELAMA - BAHAGIAN LARUT
( 1978 - SEKARANG )

JAWATAN POLITIK : AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN N05 SELAMA,
PERAK DARUL RIDZUAN
2004 - 2008
2008 - SEKARANG

TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN LARUT
( 2001 -SEKARANG )

KETUA UMNO CAWANGAN PEKAN SELAMA
( 2003 - 2007 )

BENDAHARI PERHUBUNGAN PEMUDA UMNO NEGERI PERAK
( 1995 - 2001 )

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LARUT
( 1993 - 2001 )

BENDAHARI PEMUDA UMNO BAHAGIAN LARUT
( 1981 - 1993 )

AJK UMNO BAHAGIAN LARUT
( 1981 - 1993 )

KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN PEKAN SELAMA, PERAK
( 1978 - 1981 )

ALAMAT SURAT MENYURAT : NO.33-A, TAMAN TAIPING UTARA, JALAN KAMUNTING
34600, KAMUNTING, PERAK

NO TEL : 019 - 570 2525 (H/P)
05 - 805 2626 ( P )
05 - 839 4843 ( PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT )

NO. FAKS : 05 - 805 1990 (P)
05 - 839 5485 ( PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT )

KEGIATAN SUKARELA : PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN USAHAWAN DAERAH
( MPUD ) LARUT MATANG SELAMA ( JAWATANKUASA
TINDAKAN KERAJAAN NEGERI PERAK )

PENGERUSI JAWATANKUASA ISLAM HADHARI DUN SELAMA

PENGERUSI JENTERA DASAR SOSIAL NEGARA ( NADI ) DUN
SELAMA, PERAK

PENSYARAH JEMPUTAN KEPADA KURSUS UNIT
PENYELENGGARAAN BUMIPUTRA NEGERI PERAK

PENAUNG PERSATUAN PENGUSAHA PITAYA ( Dragon Fruit )
NEGERI PERAK

AHLI JAWATANKUASA BBC ( Back Bencher Club ) PERAK

LEFTENAN KOLONEN RELA, MALAYSIA

PENASIHAT MEDAN INFO DESA DAERAH SELAMA

PENGERUSI JAWATANKUASA TINDAKAN PERTANIAN DUN
SELAMA

PENASIHAT PERSATUAN KETUA KAMPUNG DUN SELAMA

Monday, October 19, 2009

Kata-kata Aluan

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas penyediaan blog DUN SELAMA ini sebagai suatu pusat sumber maklumat dan direktori yang sangat berguna untuk rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larut Matang dan Selama khususnya dan daerah Selama amnya.

Ketika era ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan ini, saya percaya kesedaran rakyat supaya turut serta menggunakan kemudahan-kemudahan berkaitan yang muncul daripada teknologi-teknologi terbaru dalam kehidupan seharian di samping untuk mencari maklumat dan ilmu.

Sebagai ADUN Selama, saya mengharapkan agar kemudahan dan maklumat-maklumat yang terdapat dalam blog ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat, selaras dengan hasrat Kerajaan Perak mahu melihat rakyat celik ICT dan juga mengambil bahagian dalam penyaluran maklumat serta idea dalam usaha membangunan kawasan.

Salam.