Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010





Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah rahmatNya, dapat kita rakyat Malaysia bersama-sama melangkah ke tahun baru 2010. Bersyukur juga kita kerana sepanjang tahun 2009 berbagai kejayaan telah kita capai, manakala cabaran-cabaran yang kita hadapi telah dapat kita atasi.

Sempena Tahun Baru ini, saya bagi pihak Dato'ingin menyeru seluruh penduduk supaya memperbaharui azam dan tekad untuk meningkatkan lagi kerjasama dan persefahaman di antara satu sama lain. Walaupun benar kita masih lagi menghadapi beberapa masalah, tetapi ini tidak seharusnya digunakan sebagai alasan untuk tidak bekerjasama dan tidak bersatu-padu. Memang ada golongan-golongan dan pihak-pihak tertentu yang cenderung menggunakan masalah yang kita hadapi ini untuk mengeruhkan keadaan. Kita haruslah ingat bahawa tujuan golongan-golongan ini bukanlah untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi sebaliknya untuk memburukkan keadaan dengan menggunakan masalah ini bagi kepentingan sempit mereka.

Kita juga harus ingat bahawa kita telah berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang lalu hasil daripada perpaduan, persefahaman dan kerjasama di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Dengan mengekalkan perpaduan, persefahaman dan kerjasama di kalangan kita, berbagai kejayaan baik daripada segi politik, ekonomi, sosial dan keselamatan akan terus dapat kita capai dan nikmati bersama. Oleh itu bagi menentukan negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram, maka saya bg pihak Dato' mengajak semua pihak agar lebih peka dan waspada kepada sensitiviti-sensitiviti yang berkaitan. Dengan izin Tuhan dan berkat usaha kita, kita akan mencapai kemajuan yang akan menjadikan kehidupan rakyat Malaysia lebih bahagia.

Saya bagi pihak YB Dato' mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia dan berdoa semoga tahun 2010 akan membawa kebahagiaan yang bertambah kepada kita penduduk Selama khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, December 2, 2009

Perasmian Program Bumi Hijau dan Homestay di Kg Gua Petai




menyampaikan sepatah dua kata



antara penduduk kampung yang telah hadir




merasmikan rumah homestay


melawat keadaan sekitar rumah


menandatangani buku pelawat