Sunday, January 31, 2010

.: Main Bowling:.

Pada hujung minggu lepas iaitu pada31 januari 2010 YB Dato' telah menjemput semua Ketua Kampung,Ketua Cawangan, Ketua Jabatan dan juga Penghulu bagi DUN Selama untuk bersama-sama bermain bowling bersama beliau di Plaza MPT, Taiping. Beliau berharap dengan penganjuran program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara beliau dan mereka. Selain itu program ini juga dapat memberi pendedahan kepada mereka yang tidak pernah bermain bowling selama ini. ternyata semua pihak bergembira dan berpuas hati dengan penganjuran ini dan berharap dapat dijadikan sebagai acara tahunan.

YB Dato' memberi ucapan dan sedikit penerangan tentang permainan bowling.




Semua peserta bergambar sebelum acara bermula



Lihatlah aksi ketua cawangan bkt bertam (En Mohd Hafir) ni...siapa yang melihat pasti tersenyum.




En Mahat (Ketua Kampung Sg Terap) Juara bowling pada hari itu.


En Mohd Isa (Ketua Kampung Batu 3) mendapat tempat ke-2

En Che Uda (Ketua kampung Tjg Lengkong) mendapat tempat ke-3

En Sayuti (Ketua Cawangan Batu 6) mendapat tempat ke-4

En Faridan (Ketua Kampung Rantau Panjang) mendapat tempat ke-5

En Abdullah Hit (Ketua Kampung Sg Rambutan) mendapat tempat ke-6

En Ghazali (Ketua Kampung Teluk Mas) Mendapat tempat ke-7

Cik Afni (Pegawai JKM) mendapat tempa ke-8. Tempat ke-9 dimenangi oleh Cik Maria.

En Jafri (Ketua Cawangan Sg Siputeh) mendapat tempat ke-10


.: Majlis Penyerahan T-shirt Kepada Murid-murid Tahun 1 :.

Baru-baru ini YB Dato' telah membuat sumbangan t-shirt kepada murid-murid tahun 1 bagi tahun 2010 bagi semua sekolah di DUN Selama. Antara sekolah-sekolah yang beliau lawati dan menyampaikan sumbangan adalah SJK (T) Sir Chulan, SJK(C) Chi Seng I, SJK (C) Sg Terap dan SK Sri Selama. Bagi sekolah-sekolah lain iaitu Sk Selama, Sk Sg Siputeh, Sk Sg Bayor, Sk Toh Ratna Sakti, Sk Rantau Panjang, Sk Bkt Bertam, Sk Banggol Jas, Sk Ulu Mengkuang, dan SJK (C) Chi Seng II majlis penyerahan diadakan di Bilik Gerakan Pejabat UMNO. Di dalam ucapannya, beliau berharap agar sekolah-sekolah di DUN Selama dapat meningkatkan lagi kecermerlangan di dalam semua bidang samada kurikulum mahupun kokurikulum dan meningkatkan prestasi didalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Penyerahan T-shirt di SJK (T) Sir Chulan Selama Perak

Turut memberi sumbangan kepada murid-murid miskin India SJK (T) Sir Chulan

YB Dato' beramah mesra dengan guru-guru.


Bersama sebahagian pengawas SJK (T) Sir Chulan

Penyerahan T-Shirt Kpd Guru Besar SK Sri Selama

Melawat sekitar kawasan SJK (C) Chi Seng I

Penyerahan T-shirt kepada murid-murid tahun 1 SJK (C) Chi Seng




Antara Guru Besar dan wakil yang hadir untuk menerima sumbangan dari YB Dato'







Memberi ucapan semasa majlis penyerahan t-shirt di SJK (C) Chi Seng I yang turut mengadakan Majlis Jamuan Makan & Kecermerlangan UPSR 2009.



.: Majlis Bubur Asyura Bersama Penduduk Kampung DUN Selama :.

Turut bersama-sama mengacau bubur asyura


Berusaha keras mengacau bubur asyura.



Kaum ibu turut tidak ketinggalan membantu.



Bubur Asyura sedia untuk diangkat untuk dibungkus


Antara kaum ibu yang terlibat dalam proses pembungkusan.


Berehat sebentar melepaskan penat.


Dewan yang baru siap dibina di Sg Kuning. Lokasi tempat penyerahan bubur Asyura kepada penduduk.


YB Dato' menyampaikan sedikit ucapan.



Pada 4/1/2010 yang lalu telah diadakan majlis bubur asyura bersama penduduk kampung DUN selama di Kg Sungai Kuning. YB Dato' mengucapkan terima kasih kepada semua ketua kampung DUN Selama dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau berjanji akan terus mengadakan program seumpama ini dari tahun ke tahun dan mengadakan mesyuarat penyelarasan projek bagi setiap kawasan. Akhir sekali beliau berasa bersyukur kerana Pegawai Penasihat Agama yang dilantik adalah juga merupakan seorang Ketua Kampung yang berpengalaman luas dalam bidang agama. Majlis ini berjalan dengan baik dan meriah dengan kerjasama dari semua pihak. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.