Sunday, February 21, 2010

Sumbangan Tahun Baru Cina 2010








Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua kaum berbangsa Cina di DUN Selama khasnya dan penduduk Malaysia amnya. Sempena tahun harimau ini, YB Dato' Daud telah bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk kaum Cina Dun Selama yang kurang berkemampuan untuk mereka menyambut tahun baru ini. Seperti biasa golongan tua dan kurang berkemampuan tidak dilupakan YB Dato' walaupun berbeza kaum dan agama. Majlis sumbangan itu telah diadakan di Bangunan MCA yang bertempat di Taman Wan Abdul Jamal Selama Perak. Ternyata ramai yang terharu dan bergembira diatas sumbangan yang telah disampaikan oleh YB Dato' Daud.


Hari Keluarga Bekas Tentera DUN Selama Bersama JKKK Kg Ulu Mengkuang












Pada 20hb Feb 2010 iaitu pada hari Sabtu yang lepas, YB Dato' telah berbesar hati untuk menghadiri jemputan untuk ke program Hari Keluarga Bekas Tentera DUN Selama bersama JKKK Kg Ulu Mengkuang. Program tersebut diadakan di tempat perkelahan Lata Tebing Tinggi, Ulu Mengkuang Rantau Panjang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sukaneka bersama keluarga bekas tentera dan JKKK, dan majlis jamuan makan yang disediakan sendiri oleh setiap keluarga yang hadir. Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara bekas Tentera dan JKKK di dalam DUN Kawasan Selama.


Sunday, February 7, 2010

.: Bowling Siri 2:.

Kalau pada minggu lepas YB Dato' mengadakan perlawanan bowling diantara ketua kampung, ketua cawangan dan penghulu Selama, minggu ini tiba pula giliran ketua Puteri, ketua Pemuda, ketua Wanita dan AJK Bahagian menunjukkan bakat dalam permainan bowling. Kali ini jumlah yang hadir ternyata lebih ramai dari yang lepas iaitu lebih kurang 65 orang peserta telah mengambil bahagian. Ternyata dengan jumlah yang ramai ini telah menggamatkan dan memeriahkan lagi suasana di pusat bowling Plaza MPT pada petang itu. Banyak bakat-bakat terpendam telah dapat dilihat terutama dari kalangan Wanita yang sebelum ini kebanyakannya tidak pernah memegang bola bowling apatah lagi bermain bowling. Semuanya telah memberi kerjasama dengan bermain bersungguh-sungguh pada hari itu. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut samada secara langsung mahupun tidak langsung. Bertemu lagi di lain siri. Assalamualaikum.... :)


YB Dato' memberi ucapan

Pengerusi Majlis pada jamuan makan petang di Restoran Taiping Utara

Ust Ashraf memulakan bacaan doa






Antara barisan peserta Pemuda yang hadir


Barisan peserta Wanita
yang hadir

Barisan peserta Puteri yang hadir


YB Dato' memulakan permainan



Antara 20 pemenang teratas :








En Radi pemenang tempat ke-3

En Azizul pemenang tempat ke-2

En Sam (suami Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut) Juara pada hari tersebut.

Thursday, February 4, 2010

Melawat Orang Uzur


Pada hari Khamis baru-baru ini iaitu pada 4hb Feb 2010, YB Dato' telah pergi melawat Pn Maimunah bt Pakir Mohamad dan rumah Cikgu Rahim yang sedang uzur di rumah masing-masing yang terletak di Rantau Panjang, Selama Perak. Ternyata mereka amat terharu dan gembira dengan kunjungan Dato' ke rumah mereka. Mereka juga berterima kasih kepada Dato' di atas keprihatinan dan kesanggupan Dato' untuk melawat mereka. Akhir sekali, diharapkan mereka dua cepat smbuh dan dapat menjalani hari-hai dengan penuh kesabaran.

Melawat ke rumah Mak Cik Maimunah Bt Pakir Mohamad di Rantau Panjang


Melawat ke rumah Cikgu Rahim