Thursday, March 4, 2010

.:Warga Emas & Uzur Tidak Dilupakan:.


Warga tua yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat dan negara, diakui mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Mereka telah banyak memberi sumbangan selama ini dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian adalah wajar mereka mendapat perhatian, penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan menikmati kesejahteraan hidup sepanjang hayat. Oleh yang demikian, baru-baru ini YB Dato' Hj Mohamad Daud telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada mereka yang sudah uzur. Pada kali ini YB Dato' telah berkesempatan melawat ke kampung-kampung seperti di Bukit Bertam dan lain-lain kampung di sekitar DUN Selama. Insya Allah di lain waktu YB Dato' akan melawat ke kampung-kampung lain pula untuk melihat sendiri kesusahan hidup masyarakat di Selama. Objektif kunjungan ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan keluarga serta ahli-ahlinya yang berkeperluan dan bermasalah. Ternyata mereka amat terharu dengan kunjungan YB Dato' ke teratak mereka untuk melihat sendiri keadaan mereka.



Di rumah En. Awang b. Nayan



Memberi sumbangan kepada En Rokman b Hamid



En Khairy b Ali Hamzah



Pn Kamariah bt Harun



Tn Hj Jabar b Mat








YB Dato' bersama Tn Hj Mahmud b. Abd Rahman




YB Dato' bertanya khabar kepada Pn Zainab bt Nasir


Yb Dato' Daud memberi sumbangan kepada Pn Minah bt Yasin


Kesusahan yang dialami oleh En Saad b Hj Osman


En Saad yang hanya mampu terbaring, terharu dengan kunjungan YB Dato' Daud


Pn Che Mah bt Lahaman


En Salaeh b Awang Kechik



Di rumah Pn Munah bt Che Mat


Melihat keadaan Pn Siti Melah bt Jusoh


Tn Hj Wahab B Harun yang sudah uzur.



Di hadapan rumah Che Dah Bt Saad bersama ahli keluarga dan pengunjung yang turut serta mengiringi kunjungan YB Dato' Hj Mohamad Daud.



Tuesday, March 2, 2010

Majlis Kesyukuran Surau An-Nur, Kg Ulu Nor

YB Dato' Daud telah berbesar hati untuk hadir bagi menjayakan lagi Majlis Kesyukuran Surau An-Nur, Kg Ulu Nor Selama Perak yang telah diadakan pada 28 Februari 2010(Ahad) bersamaan 14 Rabiul Awwal 1431H jam 11.00 pagi. Majlis ini diadakan bersempena terbinanya surau baru dan dewan baru kampung tersebut. Dalam masa yang sama golongan yang kurang berkemampuan tidak dilupakan dengan memberi sumbangan kepada fakir miskin. YB Dato Daud berharap dengan terbinanya surau ini dapatlah menyatukan semua masyarakat disini supaya tidak berpecah belah, berpuak-puak dan menggunakan kemudahan ini ke arah kebaikan.

Antara panel jemputan yang hadir


Penduduk yang hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.








Disamping itu turut diadakan penyerahan sumbangan kepada fakir miskin.



Jamuan makan di dewan baru Kg Ulu Nor, Rantau Panjang.

Majlis Penutupan Kajian Etnografi Fakulti Bahasa MOden & Komunikasi UPM


PADA 28 FEBRUARI 2010 (ahad), pelajar kursus KOH 3432 (Kemahiran Komunikasi Interpersonal), Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia(UPM) telah mengadakan program Kajian Etnografi. Program ini telah melibatkan 27 buah ahli keluarga serta AJK penduduk Kampung Ulu Mengkuang, Selama Perak. YB Dato' telah diundang ke majlis penutupan program tersebut. Program Anak angkat ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 26 februari 2010.

YB Dato' manyampaikan ucapan kepada peserta etnografi.











Ketua Kampung En mat Rahim B. Ideris







Program ini adalah julung-julung kali diadakan oleh mahasiswa/i kursus ini. Program ini diharapkan dapat mendedahkan para pelajar tentang proses komunikasi interpersonal antara budaya serta memahami makna Kajian Etnografi itu sendiri iaitu untuk mengkaji suasana budaya kehidupan di kampung. Ia juga dapat memberi peluang kepada mahasiwa/i UPM menjalinkan hubungan silaturrahaim dengan penduduk setempat. Mahasiswa/i hari ini perlu didedahkan dengan kehidupan sebenar masyarakt kampung supaya mereka dapat mengenali identiti bangsanya. Kajian Etnografi ini disertai oleh mahasiwa/i UPM dari yang bukan sahaja dari semenanjung tetapi juga dari Sabah & Sarawak dan tersiri dari bangsa Cina dan juga India. Program seperti ini pastinya dapat memberi keunikan dan memori yang tersendiri buat penduduk kampung mahupun mahasiswa/i.
YB Dato' Daud berharap agar peserta program ini akan dapat menjadi seorang pemimpin yang bedidakari di masa yang akan datang dan diharapkan lebih banyak program seperti ini di adakan di kampung-kampung oleh anak-anak muda kita...sekian.

Sunday, February 21, 2010

Sumbangan Tahun Baru Cina 2010








Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua kaum berbangsa Cina di DUN Selama khasnya dan penduduk Malaysia amnya. Sempena tahun harimau ini, YB Dato' Daud telah bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk kaum Cina Dun Selama yang kurang berkemampuan untuk mereka menyambut tahun baru ini. Seperti biasa golongan tua dan kurang berkemampuan tidak dilupakan YB Dato' walaupun berbeza kaum dan agama. Majlis sumbangan itu telah diadakan di Bangunan MCA yang bertempat di Taman Wan Abdul Jamal Selama Perak. Ternyata ramai yang terharu dan bergembira diatas sumbangan yang telah disampaikan oleh YB Dato' Daud.