Wednesday, November 25, 2009

PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MOTIVASI SEMINAR SEHARI MUSIM CUTI SEKOLAH


Program yang menelan kos RM 4,500.00 ini, ditaja sepenuhnya oleh Y.B Dato Mohamad Daud dan telah diadakan di SK Seri Selama. Ia disertai oleh 115 pelajar yang terdiri daripada bakal-bakal pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2010 dari 14 buah sekolah seluruh daerah Selama dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) dan Majlis Guru Besar ( MGB ) Daerah Selama.

Seminar yang bernula dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini mensasarkan supaya pelajar-pelajar mampu mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR Tahun 2010. Pelajar-pelajar ini didedahkan tentang :

1) Ciri-ciri yang perlu ada pada diri setiap murid-murid untuk menjadi pelajar cemerlang.
2) Formula dan teknik belajar untuk mengingat fakta.
3) Kaedah menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR dengan tepat dan betul

4) Cari menjadi pelajar cemerlang serta kaedah mengatasi masalah mengantuk, letih dan tidak bersemangat utuk
belajar
5) Jadual belajar yang efektif
6) Kaedah menguatkan otak kiri dan kanan.

Jam 5 petang, YB Dato' Mohamad Daud dengan rasminya menutup majlis ini.




pelajar-pelajar yang menyertai program ini


ucapan oleh En Abas Hj Awang dari Channel Ten Info System


Ikrar pelajar-pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang dan berusaha mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010


sebahagian guru-guru yang hadir


ucapan dari Cikgu Jamaayah, Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) yang juga Guru Besar SK Jalan Menteri


ucapan perasmian








Penyerahan sijil kepada pelajar-pelajar yang terlibat




bersalaman sebelum pulang

Perbincangan Bersama Kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan dan Kontraktor Bagi Mengenalpasti Progres Projek PIA/PIAS Dalam DUN Selama


Khamis, 2 petang - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian Larut, satu perbincangan untuk mengenalpasti progres dan masalah bagi projek-projek terakhir PIA/PIAS 2009 yang masih dalam pembinaan. Bersama dalam perbincangan ini adalah kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan ( PPN ) Daerah Larut Matang dan Selama terdiri daripada Cik Siti Zakiah ( Penolong Pengarah Pembangunan ), Puan Suraya, En Ridwan dan En Faiz.

Satu tarikh akhir (date line ) telah ditetapkan bahawa projek-projek yang masih dalam pembinaan. Tarikh membina 4 buah surau baru di Kg Sg Bedarah, Kg Ulu Damak, Kg Ulu Nor dan Taman Menteri, serta membina Dewan Orang Ramai di Kg Sg Kuning juga membina jalan kampung di Kg Gua Petai hendaklah disiapkan sebelum 15.12.2009.






Perjumpaan Bersama Dato' Sri Raja Ahmad Zainuddin, Ketua UMNO Bahagian Larut merangkap ADUN Kubu Gajah dengan Ketua-ketua Kampung serta Ketua Cawangan UMNO Dalam DUN Selama

2.30 petang - Di Bilik Gerakan Pejabat UMNO Bahagian Larut, seramai 33 orang Ketua Kampung dan Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Selama. Banyak isu-isu yang dibangkitkan dan diselesaikan




Tuesday, November 24, 2009

SENARAI PROJEK-PROJEK PIA / PIAS DUN SELAMA YANG TELAH LULUS MENGIKUT KG/CAWANGAN BAGI TAHUN 2009


*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas






















































































JUMLAH KESELURUHAN : RM 3,192,000.00