Tuesday, March 2, 2010

Majlis Penutupan Kajian Etnografi Fakulti Bahasa MOden & Komunikasi UPM


PADA 28 FEBRUARI 2010 (ahad), pelajar kursus KOH 3432 (Kemahiran Komunikasi Interpersonal), Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia(UPM) telah mengadakan program Kajian Etnografi. Program ini telah melibatkan 27 buah ahli keluarga serta AJK penduduk Kampung Ulu Mengkuang, Selama Perak. YB Dato' telah diundang ke majlis penutupan program tersebut. Program Anak angkat ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 26 februari 2010.

YB Dato' manyampaikan ucapan kepada peserta etnografi.











Ketua Kampung En mat Rahim B. Ideris







Program ini adalah julung-julung kali diadakan oleh mahasiswa/i kursus ini. Program ini diharapkan dapat mendedahkan para pelajar tentang proses komunikasi interpersonal antara budaya serta memahami makna Kajian Etnografi itu sendiri iaitu untuk mengkaji suasana budaya kehidupan di kampung. Ia juga dapat memberi peluang kepada mahasiwa/i UPM menjalinkan hubungan silaturrahaim dengan penduduk setempat. Mahasiswa/i hari ini perlu didedahkan dengan kehidupan sebenar masyarakt kampung supaya mereka dapat mengenali identiti bangsanya. Kajian Etnografi ini disertai oleh mahasiwa/i UPM dari yang bukan sahaja dari semenanjung tetapi juga dari Sabah & Sarawak dan tersiri dari bangsa Cina dan juga India. Program seperti ini pastinya dapat memberi keunikan dan memori yang tersendiri buat penduduk kampung mahupun mahasiswa/i.
YB Dato' Daud berharap agar peserta program ini akan dapat menjadi seorang pemimpin yang bedidakari di masa yang akan datang dan diharapkan lebih banyak program seperti ini di adakan di kampung-kampung oleh anak-anak muda kita...sekian.

No comments: