Sunday, January 31, 2010

.: Majlis Penyerahan T-shirt Kepada Murid-murid Tahun 1 :.

Baru-baru ini YB Dato' telah membuat sumbangan t-shirt kepada murid-murid tahun 1 bagi tahun 2010 bagi semua sekolah di DUN Selama. Antara sekolah-sekolah yang beliau lawati dan menyampaikan sumbangan adalah SJK (T) Sir Chulan, SJK(C) Chi Seng I, SJK (C) Sg Terap dan SK Sri Selama. Bagi sekolah-sekolah lain iaitu Sk Selama, Sk Sg Siputeh, Sk Sg Bayor, Sk Toh Ratna Sakti, Sk Rantau Panjang, Sk Bkt Bertam, Sk Banggol Jas, Sk Ulu Mengkuang, dan SJK (C) Chi Seng II majlis penyerahan diadakan di Bilik Gerakan Pejabat UMNO. Di dalam ucapannya, beliau berharap agar sekolah-sekolah di DUN Selama dapat meningkatkan lagi kecermerlangan di dalam semua bidang samada kurikulum mahupun kokurikulum dan meningkatkan prestasi didalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Penyerahan T-shirt di SJK (T) Sir Chulan Selama Perak

Turut memberi sumbangan kepada murid-murid miskin India SJK (T) Sir Chulan

YB Dato' beramah mesra dengan guru-guru.


Bersama sebahagian pengawas SJK (T) Sir Chulan

Penyerahan T-Shirt Kpd Guru Besar SK Sri Selama

Melawat sekitar kawasan SJK (C) Chi Seng I

Penyerahan T-shirt kepada murid-murid tahun 1 SJK (C) Chi Seng




Antara Guru Besar dan wakil yang hadir untuk menerima sumbangan dari YB Dato'







Memberi ucapan semasa majlis penyerahan t-shirt di SJK (C) Chi Seng I yang turut mengadakan Majlis Jamuan Makan & Kecermerlangan UPSR 2009.



No comments: