Sunday, February 21, 2010
Sumbangan Tahun Baru Cina 2010
Hari Keluarga Bekas Tentera DUN Selama Bersama JKKK Kg Ulu Mengkuang
Sunday, February 7, 2010
.: Bowling Siri 2:.
Kalau pada minggu lepas YB Dato' mengadakan perlawanan bowling diantara ketua kampung, ketua cawangan dan penghulu Selama, minggu ini tiba pula giliran ketua Puteri, ketua Pemuda, ketua Wanita dan AJK Bahagian menunjukkan bakat dalam permainan bowling. Kali ini jumlah yang hadir ternyata lebih ramai dari yang lepas iaitu lebih kurang 65 orang peserta telah mengambil bahagian. Ternyata dengan jumlah yang ramai ini telah menggamatkan dan memeriahkan lagi suasana di pusat bowling Plaza MPT pada petang itu. Banyak bakat-bakat terpendam telah dapat dilihat terutama dari kalangan Wanita yang sebelum ini kebanyakannya tidak pernah memegang bola bowling apatah lagi bermain bowling. Semuanya telah memberi kerjasama dengan bermain bersungguh-sungguh pada hari itu. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut samada secara langsung mahupun tidak langsung. Bertemu lagi di lain siri. Assalamualaikum.... :)





















YB Dato' memberi ucapan
Pengerusi Majlis pada jamuan makan petang di Restoran Taiping Utara





En Radi pemenang tempat ke-3

En Azizul pemenang tempat ke-2

En Sam (suami Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut) Juara pada hari tersebut.

Thursday, February 4, 2010
Melawat Orang Uzur
Pada hari Khamis baru-baru ini iaitu pada 4hb Feb 2010, YB Dato' telah pergi melawat Pn Maimunah bt Pakir Mohamad dan rumah Cikgu Rahim yang sedang uzur di rumah masing-masing yang terletak di Rantau Panjang, Selama Perak. Ternyata mereka amat terharu dan gembira dengan kunjungan Dato' ke rumah mereka. Mereka juga berterima kasih kepada Dato' di atas keprihatinan dan kesanggupan Dato' untuk melawat mereka. Akhir sekali, diharapkan mereka dua cepat smbuh dan dapat menjalani hari-hai dengan penuh kesabaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)