Sunday, February 7, 2010

.: Bowling Siri 2:.

Kalau pada minggu lepas YB Dato' mengadakan perlawanan bowling diantara ketua kampung, ketua cawangan dan penghulu Selama, minggu ini tiba pula giliran ketua Puteri, ketua Pemuda, ketua Wanita dan AJK Bahagian menunjukkan bakat dalam permainan bowling. Kali ini jumlah yang hadir ternyata lebih ramai dari yang lepas iaitu lebih kurang 65 orang peserta telah mengambil bahagian. Ternyata dengan jumlah yang ramai ini telah menggamatkan dan memeriahkan lagi suasana di pusat bowling Plaza MPT pada petang itu. Banyak bakat-bakat terpendam telah dapat dilihat terutama dari kalangan Wanita yang sebelum ini kebanyakannya tidak pernah memegang bola bowling apatah lagi bermain bowling. Semuanya telah memberi kerjasama dengan bermain bersungguh-sungguh pada hari itu. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut samada secara langsung mahupun tidak langsung. Bertemu lagi di lain siri. Assalamualaikum.... :)


YB Dato' memberi ucapan

Pengerusi Majlis pada jamuan makan petang di Restoran Taiping Utara

Ust Ashraf memulakan bacaan doa






Antara barisan peserta Pemuda yang hadir


Barisan peserta Wanita
yang hadir

Barisan peserta Puteri yang hadir


YB Dato' memulakan permainan



Antara 20 pemenang teratas :








En Radi pemenang tempat ke-3

En Azizul pemenang tempat ke-2

En Sam (suami Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut) Juara pada hari tersebut.

No comments: