Antara panel jemputan yang hadir
Tuesday, March 2, 2010
Majlis Kesyukuran Surau An-Nur, Kg Ulu Nor
YB Dato' Daud telah berbesar hati untuk hadir bagi menjayakan lagi Majlis Kesyukuran Surau An-Nur, Kg Ulu Nor Selama Perak yang telah diadakan pada 28 Februari 2010(Ahad) bersamaan 14 Rabiul Awwal 1431H jam 11.00 pagi. Majlis ini diadakan bersempena terbinanya surau baru dan dewan baru kampung tersebut. Dalam masa yang sama golongan yang kurang berkemampuan tidak dilupakan dengan memberi sumbangan kepada fakir miskin. YB Dato Daud berharap dengan terbinanya surau ini dapatlah menyatukan semua masyarakat disini supaya tidak berpecah belah, berpuak-puak dan menggunakan kemudahan ini ke arah kebaikan.
Majlis Penutupan Kajian Etnografi Fakulti Bahasa MOden & Komunikasi UPM
PADA 28 FEBRUARI 2010 (ahad), pelajar kursus KOH 3432 (Kemahiran Komunikasi Interpersonal), Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia(UPM) telah mengadakan program Kajian Etnografi. Program ini telah melibatkan 27 buah ahli keluarga serta AJK penduduk Kampung Ulu Mengkuang, Selama Perak. YB Dato' telah diundang ke majlis penutupan program tersebut. Program Anak angkat ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 26 februari 2010.
YB Dato' manyampaikan ucapan kepada peserta etnografi.
YB Dato' Daud berharap agar peserta program ini akan dapat menjadi seorang pemimpin yang bedidakari di masa yang akan datang dan diharapkan lebih banyak program seperti ini di adakan di kampung-kampung oleh anak-anak muda kita...sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
