Sunday, February 21, 2010

Hari Keluarga Bekas Tentera DUN Selama Bersama JKKK Kg Ulu Mengkuang












Pada 20hb Feb 2010 iaitu pada hari Sabtu yang lepas, YB Dato' telah berbesar hati untuk menghadiri jemputan untuk ke program Hari Keluarga Bekas Tentera DUN Selama bersama JKKK Kg Ulu Mengkuang. Program tersebut diadakan di tempat perkelahan Lata Tebing Tinggi, Ulu Mengkuang Rantau Panjang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sukaneka bersama keluarga bekas tentera dan JKKK, dan majlis jamuan makan yang disediakan sendiri oleh setiap keluarga yang hadir. Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara bekas Tentera dan JKKK di dalam DUN Kawasan Selama.


Sunday, February 7, 2010

.: Bowling Siri 2:.

Kalau pada minggu lepas YB Dato' mengadakan perlawanan bowling diantara ketua kampung, ketua cawangan dan penghulu Selama, minggu ini tiba pula giliran ketua Puteri, ketua Pemuda, ketua Wanita dan AJK Bahagian menunjukkan bakat dalam permainan bowling. Kali ini jumlah yang hadir ternyata lebih ramai dari yang lepas iaitu lebih kurang 65 orang peserta telah mengambil bahagian. Ternyata dengan jumlah yang ramai ini telah menggamatkan dan memeriahkan lagi suasana di pusat bowling Plaza MPT pada petang itu. Banyak bakat-bakat terpendam telah dapat dilihat terutama dari kalangan Wanita yang sebelum ini kebanyakannya tidak pernah memegang bola bowling apatah lagi bermain bowling. Semuanya telah memberi kerjasama dengan bermain bersungguh-sungguh pada hari itu. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut samada secara langsung mahupun tidak langsung. Bertemu lagi di lain siri. Assalamualaikum.... :)


YB Dato' memberi ucapan

Pengerusi Majlis pada jamuan makan petang di Restoran Taiping Utara

Ust Ashraf memulakan bacaan doa






Antara barisan peserta Pemuda yang hadir


Barisan peserta Wanita
yang hadir

Barisan peserta Puteri yang hadir


YB Dato' memulakan permainan



Antara 20 pemenang teratas :








En Radi pemenang tempat ke-3

En Azizul pemenang tempat ke-2

En Sam (suami Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut) Juara pada hari tersebut.