Thursday, November 5, 2009

Sehari Bersama Rakyat


Khamis, 5.11.009 - Pagi-pagi lagi Yb Dato' Daud bertolak dari Taiping ke Ipoh untuk menghadiri taklimat mengenai Projek Rancangan Malaysia ke 10 ( RMK-10 ) Negeri Perak yang bertempat di Dewan Serbaguna Bangunan Negeri Perak Darul Ridzuan. Taklimat tersebut berlangsung pada jam 8 pagi sehingga 1 petang.

Setelah selesai taklimat tersebut, beliau bergegas terus ke Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selama yang jaraknya hampir 200km dari Ipoh kerana hari Khamis merupakan Hari Bertemu Rakyat. Memang kalau tiada aral melintang atau tiada program yang lebih penting, beliau tidak pernah menguzurkan diri..

Jam 3 petang, sampai di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selama, beliau bertemu dengan rakyat dan mendengar permasalahan rakyat.



MELAWAT RUMAH DI TIMPA POKOK DI KG TELUK MAS

4.00 petang - bertolak ke Kg Teluk Mas bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Selama iaitu Cik Afni serta Cik Ayu dan Pegawai Felcra Sg Malau iaitu En Baha dan En Mohamad, melawat rumah Pn Zaiton bt Abd Majid, berumur 86 tahun yang rumahnya ditimpa pokok.


melalui titi gantung untuk menuju ke rumah mangsa



keadaan rumah mangsa






Setelah berbincang dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Felcra, apakah bantuan yang perlu diberi, seperti biasa Y.B Dato akan menghulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa



Pegawai Kebajikan Masyarakat mengambil keterangan dari Pn Zaiton Bt Abd Majid




berbincang bersama Pegawai Felcra



bersama tuan rumah dan Ketua Kg Sg Siputeh, En Abd Malik bin Noh



Meninjau Pembinaan Dewan Orang Ramai Kg Sg Siputeh

4.30 petang - meninjau pembinaan Dewan Orang Ramai Kg Sg Siputeh yang menelan belanja sebanyak RM60 ribu.











MENJADIKAN KAWASAN PERKUBURAN BUKAN LAGI KAWASAN YANG MENAKUTKAN

5.00 petang - Bersama ketua kampung Sg Siputeh untuk meninjau projek membina jalan ke kawasan perkuburan sg siputeh.









Y.B Dato' Daud bermatlamat untuk menjadikan kawasan perkuburan bukan lagi satu kawasan yang menakutkan . Beliau merancang untuk mencantikkan kawasan perkuburan dimana kawasan tersebut mempunyai jalan masuk yang cantik, mempunyai stor dan wakaf kubur.



MENINJAU PERSIAPAN PROGRAM 1 MALAYSIA DI KG SG BEDARAH

6.15 petang - Di Kg Sg Bedarah meninjau persiapan yang dilakukan oleh penduduk setempat bagi persiapan Majlis Penerangan Konsep 1 Malaysia yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 7.11.2009, jam 3 petang.










MENINJAU PROJEK PEMBINAAN SURAU BARU DI KG SG BEDARAH


6.45 petang - ke tapak pembinaan surau Kg Sg Bedarah yang dalam proses membina surau baru. Projek ini menelan kos sebanyak RM 100 ribu.








7.30 malam - Walaupun telah habis waktu pejabat, Y.B Dato' Daud kembali ke Pusat Khidmat Masyarakat untuk melihat fail-fail dan surat-surat.



MERASMIKAN PERTANDINGAN KARAOKE DI KG BARU SG TERAP


8.30 mlm - Di Kg Baru Sg Terap, beliau dijemput merasmikan satu pertandingan karaoke anjuran masyarakat cina Kg Sg Terap.











Diantara ucapan beliau ialah mengenai perpaduan dan konsep 1 Malaysia Y.A.B Perdana Menteri kita.



ucapan perasmian




antara penduduk yang hadir pada malam itu


kehadiran terlalu ramai menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa berdiri.



Mr Lim ( Pemangku Ketua Bahagian MCA Larut ) sedang membisikkan sesuatu kepada Dato'



Apakah yang beria-ia dikatakan oleh Mr Ah Seng ( Ketua Kaum Cina Kg Baru Sg Terap ) kepada Dato'



sebahagian peserta yang mengambil bahagian







gimik perasmian



bergambar kenangan bersama
disebelah kiri dato' : Mr Wong Peng San ( Ketua Penduduk Cina Selama), Mr Robert Chua ( Ketua Bahagian Parti Gerakan Larut ), Mr Yong Kui ( Pengerusi Pertandingan )
disebelah kanan dato' : Mr Lim Super (Pemangku Ketua Bahagian MCA Larut)


10.00 malam - Y.B Dato' Daud bertolak pulang

No comments: