Sunday, November 15, 2009

Banjir 2009

Tanpa diduga, Khamis 12.11.2009 banjir besar melanda. Malam itu juga Y.B. Dato' Daud bergegas turun ke kawasan. Dari jam 11 malam hingga 6 pagi, beliau meredah keseluruh kampung didalam DUN Selama bagi meninjau keadaan banjir.

Esoknya, Jumaat 13.11.2009 beliau turun lagi dengan membawa bersama sumbangan-sumbangan bagi membantu sedikit sebanyak mangsa banjir. Beliau berada dikawasan hingga tengah malam.

Sabtu, 14.11.2009, jam 8.00 pagi, beliau sudah berada di Kg Sg Siputeh bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang tak sempat diberikan pada hari sebelumnya.

Sebanyak 700 kampit beras dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir. Sehingga larut malam dan setelah semua bantuan dihulurkan, barulah beliau pulang ke rumah.

Bersama Dato' Hamzah, Setiausaha Majlis Daerah Selama,
En. Mohd Razif bin Ramli (bercermin mata) dan
Pegawai Kebajikan Masyarakat, En. Razak mendengar
penjelasan dari Ketua UMNO Cawangan Kg Gua Petai
mengenai keadaan banjir di Dewan Orang Ramai Kg Gua Petai
yang dijadikan Pusat Pemindahan Bencana Banjir.

Meninjau keadaan banjir

Kg Batu 6 & Lubok Long

Taman Kaya, Selama, Perak.
Walaupun dah malam, rakyat mesti diutamakan,
tambahan pula warga tua.

Di Kg Sg Siputeh
Menghulurkan sedikit bantuan kepada
mangsa-mangsa banjir.

satu-satunya titi gantung yang tinggal di Kg Sg Siputeh
roboh akibat banjir yang berlaku


Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Gua Petai


Makan tengahari bersama mangsa banjir. Walaupun hanya ikan sardin dan telur goreng. Sama-sama merasa.


Kg Medan


Klinik Kesihatan Sungai Bayur

Pusat Penempatan Bencana Banjir
Masjid Bukit Bertam Selama

.
Sumbangan berupa beras dan keperluan dapur.

2 comments:

M.Saad said...

Salam sejahtera Dato' Daud.
Saya mewakili warga Sg. Bedarah yang tahu bersyukur mengucapkan bebanyak terima kasih diatas sumbangan tersebut. Walaupun tidak seberapa, tetapi ia amat besar bagi yang tahu menghargai dan diharap bantuan yang diberikan diterima oleh kesemua yang terlibat tanpa diskriminasi.

Malang nya, terdapat segelintir orang yang di hatinya tertanam sifat tidak puas hati. Segala yang dibuat serba tidak kena. Mereka hanya tahu mengomel saja . Sikap sebegini ada dimana mana. Semoga ianya akan berubah mengikut masa. Insyaallah. Terima kasih Datuk.

Md Saad

DATO' HAJI MOHD DAUD MOHD YUSOFF said...

Slm sejahtera...sama-sama. Sy bg pihak YB ucapkn terima kasih kerana menyokong beliau...