Wednesday, November 25, 2009

Perbincangan Bersama Kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan dan Kontraktor Bagi Mengenalpasti Progres Projek PIA/PIAS Dalam DUN Selama


Khamis, 2 petang - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian Larut, satu perbincangan untuk mengenalpasti progres dan masalah bagi projek-projek terakhir PIA/PIAS 2009 yang masih dalam pembinaan. Bersama dalam perbincangan ini adalah kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan ( PPN ) Daerah Larut Matang dan Selama terdiri daripada Cik Siti Zakiah ( Penolong Pengarah Pembangunan ), Puan Suraya, En Ridwan dan En Faiz.

Satu tarikh akhir (date line ) telah ditetapkan bahawa projek-projek yang masih dalam pembinaan. Tarikh membina 4 buah surau baru di Kg Sg Bedarah, Kg Ulu Damak, Kg Ulu Nor dan Taman Menteri, serta membina Dewan Orang Ramai di Kg Sg Kuning juga membina jalan kampung di Kg Gua Petai hendaklah disiapkan sebelum 15.12.2009.






Perjumpaan Bersama Dato' Sri Raja Ahmad Zainuddin, Ketua UMNO Bahagian Larut merangkap ADUN Kubu Gajah dengan Ketua-ketua Kampung serta Ketua Cawangan UMNO Dalam DUN Selama

2.30 petang - Di Bilik Gerakan Pejabat UMNO Bahagian Larut, seramai 33 orang Ketua Kampung dan Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Selama. Banyak isu-isu yang dibangkitkan dan diselesaikan




No comments: